Wednesday, June 24, 2009

Kahwin











Tujuan perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan kasih sayang yang memperindahkan kehidupan. Tanpa penyusunan yang rapi di dalam pergaulan di antara lelaki dan wanita, kepincangan tidak dapat dielakkan. Kerana itu, perkahwinan disyariatkan.

Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya. Sebabnya jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa di landa arus yang menjadikan hidup mereka tidak tenteram.



Perkahwinan adalah perkembangan daripada keluarga yang sedia ada dan hubungan antara keluarga baru. Hubungan ini wajib diperteguhkan kerana keluarga baru itu sebahagian daripada masyarakat yang boleh mempengaruhi keadaan baik buruk masyarakat.

Hikmat Perkahwinan:

  • Untuk melahirkan zuriat atau keturunan yang bersih demi kebahagiaan rumah tangga.
  • Memupuk perasaan kasih sayang di antara suami dan isteri kerana fitrah manusia inginkan kasih sayang dan belaian dari orang-orang yang tertentu.
  • Mengelakkan daripada melakukan perbuatan maksiat, khususnya zina.
  • Menikmati ketenteraman dan kedamaian jiwa dan perasaan.
  • Melahirkan manusia yang bertanggungjawab dalam menjalankan amanah Allah S.W.T


0 comments:

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes