Tuesday, July 21, 2009

Di Kuarantin



Selang beberapa ketika mencoretkan perihal Virus H1n1. Ianya menular ke institusi pengajian tinggi negara Kita. Satu pagi saya dikejutkan panggilan Telefon yang meminta saya untuk di interview diagnose kerana di syaki ada contact dengan Pesakit H1n1. Setelah di soal selidik tentang kesihatan saya, Saya di beri surat (Home Observation And Surveillance Order) daripada Pejabat Kesihatan Samarahan. Terpaksalah akur dengan arahan kuarantin, Nak pegi praktikum pun xdapat. Semoga tahanan Rumah akibat Virus perosak generasi manusia ini dapat dibatalkan. xsabar nak ke sekolah...

Wednesday, July 8, 2009

PPSMI Di Mansuh?




Di berita harian edisi Rabu 8 julai 2009, Keputusan memansuhkan PPSMI di peringkat akhir. Tahniah di ucapkan kepada pejuang kebangsaan kerana telah bertungkus lumus berjuang untuk rakyat. Tetapi yang kesiannya kepada generasi anak-anak pelajar yang menjadi mangsa dan bahan uji kaji kepada dasar pendidikan negara. Walaubagaimanapun sebagai bakal pendidik ini tidak manjatuhkan semangat untuk membantu anak-anak mengenal kehidupan dunia yang mencabar. Diharap kerajaaan dapat membuat keputusan yang terbaik supaya sistem pendidikan Negara kita terus cemerlang.

Praktikum bakal Menjelang


Alhamdulillah....Ni nak masuk minggu kedua sesi semester ke-8, Elaun tak masuk lagi. Minggu depan dah nak pegi praktikum dekat Lubuk antu Sarawak. Ni praktikum terakhir sebelum bergelar 'Cikgu' secara Sah. Yang sedih sikit praktikum kali ni berjauhan dengan kawan-kawan. segala aktiviti harian sorang-sorang je la.. Partner pun mcam sedih je lihat.. Ni lah realiti untuk menjadi guru.

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes